Kursus Usahawan Berprestasi Tinggi- Pengurusan Kewangan Menggunakan Excel Dan Pemasaran Melalui Media Sosial
5 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniKursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf PI berkenaan dengan strategi pemasaran media sosial seperti Facebook dan Instagram dan pengurusan kewangan menggunakan Excel. Tenaga pengajar dari pensyarah yang berpengalaman dari Universiti Malaysia Kelantan. Peserta terdiri daripada 18 orang pengurus dan penolong pengurus Wilayah Tengah Kuala Lumpur.
Pada sesi pertama, peserta diajar berkaitan dengan media sosial iaitu menggunakan Facebook. Selain itu juga, tenaga menunjukkan cara untuk membuat logo dan banner perniagaan menggunakan platform canva.com. Platform canva ini memudahkan peserta . untuk membuat sendri logo syarikat dalam masa yang singkat. Selain itu juga, peserta diaajar cara membuat ayat untuk menarik perhatian pelanggan dan cara untuk meningkatkan jualan menggunakan Fb Ads.
Pada sesi petang pula, peserta didedahkan dengan pengurusan kewangan menggunakan aplikasi excel. Peserta diajar cara untuk membuat akaun syarikat dan membuat analisis kewangan.
Dengan latihan yang didedahkan kepada Staf PI ini, dapat membantu mereka menyampaikan ilmu kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: